Langkau ke kandungan utama

Catatan

Majlis Pelancaran Operasi Keselamatan Makanan Bazar Ramadan 2017

Majlis Pelancaran Operasi Keselamatan Makanan Bazar Ramadan 2017  Tarikh: 29 Mei 2017 Tempat: Jalan Jujur, Bandar Tun Razak Majlis Pelancaran Operasi Keselamatan Makanan Bazar Ramadan 2017 dirasmikan oleh Datuk Ibrahim Yusoff , Pengarah Eksekutif DBKL mewakili Datuk Bandar KL @ Bazar Ramadan Jln Jujur BTR. Peniaga makanan di Bazar Ramadan diingatkan supaya bertanggung jawab menyediakan juadah yg bersih dan selamat. Pengguna pula perlu gunakan hak utk memilih. Yang penting, jangan membazir. Utk rekod, rakyat Malaysia membuang makanan masih elok - 2,000 tan setiap hari...MALAYSIA KU MAKMOR.

Program Khas Wanita Cemerlang

Program Khas WANITA CEMERLANG Tarikh: 21 Mei 2017 Tempat:  Dewan Merdeka UMNO Sri Sabah 3A MPPWPSZ1 menganjurkan program khas WANITA CEMERLANG. Seramai 110 orang wanita dari kawasan perumahan sub zon 1 menyertai program ini yg dirasmikan oleh Datuk Rizalman Mokhtar ketua UMNO BTR. Hadir sama Pn Hajjah Salmah Pin Ketua Wanita UMNO BTR , Cik Zauyah Zainuddin Naib Ketua Wanita BTR dan Sdra Razak Samad Ketua Penerangan UMNO BTR.

Majlis Pelancaran NJoy ASTRO

Tarikh: 11 Mei 2017 Tempat: Desa Tasik Program TURUN PADANG mppwpsz1. Hari ini 11 Mei 2017, bersama Timbalan Pengerusi dan 40 peserta menghadiri Majlis Pelancaran NJoy ASTRO @ Desa Tasik yg dirasmikan oleh YB Menteri Komunikasi mewakili YAB PM.Tahniah Datuk Rizalman Mokhtar kerana berjaya menggerakkan masyarakat BTR sehingga berjaya memenuhi majlis.

Karnival Sukan Komuniti dan Program Jom Bantu Rakyat Parlimen Bandar Tun Razak

Tarikh: 23 & 23 April 2017 Masa 7:30 pagi Tempat: Padang Sri Johor, Bandar Tun Razak, Cheras KARNIVAL SUKAN KOMUNITI DAN PROGRAM JOM BANTU RAKYAT PARLIMEN BANDAR TUN RAZAK Pada 22 dan 23 April 2017@Padang Sri Johor mulai jam 7.30 pagi. Selain sukan, pihak penganjur menyediakan kaunter khidmat pelanggan agensi Kerajaan (DBKL,Baitulmal, Kesihatan, JPN, DLL) . Satu lagi program turun padang bantu rakyat oleh Kerajaan BN. TAHNIAH PENGANJUR UTAMA: UMNO BTR, DBKL DAN MPPWP BTR) JOM KITA TURUN.

Majlis Pelancaran Kad Ceria oleh Menteri Wilayah Persekutuan

Tarikh: 30 Mac 2017 Kad Ceria WP dilancarkan oleh YB Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini 30/3/2017. Kad diskaun kpd rakyat WP yg berbelanja di kedai yg tlh menyertai program ini bgi meringankan bebanan harian. Peniaga yg menyertai program ini juga nenerima menafaat bersama. Sejumlah 1 Juta kad akan diedarkan. Tahniah Kerajaan BN.

Perjumpaan dengan Dato' Ibrahim Yusoff Pengarah Eksekutif (Pembangunan Sosio Ekonomi) DBKL

Perjumpaan dengan Dato' Ibrahim Yusoff, Pengarah Eksekutif (Pembangunan Sosio Ekonomi) DBKL Tempat: Pejabat DBKL Tarikh: 17 Mac 201 Pengerusi MPPWP Sub Zon 1 bersama Pengerusi dan Jawatankuasa Penaja Persatuan Penjaja Sri Sabah 3B mengunjungi Dato' Ibrahim Yusoff, Pengarah Eksekutif (Pembangunan Sosio Ekonomi) DBKL berbincang masalah tapak penjaja Sri Sabah 3B.

Program Gunting Rambut Percuma untuk pelajar Sekolah Rendah dan Menengah 2017

Tempat: Dewan UMNO Sri Sabah 3A dan Dewan UMNO Sri Pulau Pinang Tarikh: 29 September 2016 Masa: 8:00 pagi Program Gunting Rambut Percuma untuk pelajar Sekolah Rendah dan Menengah 2017 sedang berlangsung serentak di Dewan UMNO Sri Sabah 3A dan Sri P.Pinang. Turut hadir, Datuk Munawar Ketua Umno Sri P. Pinang. Alhamdulillah, program dapat sambutan daripada Penduduk. Peserta 60 orang pelajar sekolah Rendah Dan Menengah.